25.5.12

Aqua Lily dan Kecintaan

Saya putus cinta. Saya sedih sangat. 


 Tiba-tiba datang seorang lelaki. Dia usha saya. Saya malu-malu. Mula-mula saya jual mahal.


Tapi dia tak putus asa. Dia berusaha bersungguh-sungguh. Dan akhirnya saya pun cair.


p/s : Thx Ahmad Zaki for the awesome aqua lily. And thx making surprise for the second bottle. Thx coz trying hard to make me melting, melting and melting again. I LOVE U !


*Tamat*

23.5.12

Tenda Biru Berirama Hardcore

Aktiviti kupu kupu malam kini digantikan dengan aktiviti mentadu lapar. Kerana lapar aku roger acha untuk menemani aku menyantap. Bukan menyentap ok. Bukan sama sekali. Sebelum makan tengok tiket wayang dulu. Tapi takde cite best. Takkan nak tengok cite Mantera yang transformer melayu tu? Hahaha mintak simpang dunia akhirat ok. Huh!

Lepas survey tiket kitorang survey barang pulak. Aku survey beg tangan. Acha survey baju pengapit. Ulang sekali lagi 'baju pengapit'. Hee. Acha tengah semangat nak jadi pengapit Izaa bulan 6 ni. Takpe cha, mula mula jadi pengapit dulu. Sedut sedut dulu aura pengantin. Nanti engko punya giliran pulak. Macam aku ni ha, puas jadi pengapit dulu. Tiga kali. Sedut punye sedut aura pengantin, kawen gak aku taun ni. Sekian, pesanan dari bekas pengapit professional. Tett *mate ke atas sambil tekan buzel*. Ngehehe.


Lepas tu kitorang menuju ke food court. Makan kat food court je la yang kami mampu. Mase ni belum gaji lagi. Kalau dah gaji memang kitorang terus terjah Kenny Roger. Bukan ape. Kurang garam kurang kalori kan. Kami gemarkan makanan berkhasiat dan berdiet seimbang. Em ok kami mengaku kami mendambakan masakan Encik Kenny ! *lempang mesin ATM laju laju*.

Tapi masakan di food court tak la mengecewakan *urut dada sedapkan hati*. Not bad la *urut dada lagi*. Steamboat dia memang sedap la jugek *tanak urut dada dah*. Okey tamatkan cerite tentang makanan. 

Lepas dah kenyang mesti lah hati senang kan. Nak balik rumah tengok jam still awal lagi. Baru pukul 9. Aku pun ajak acha singgah karaoke. Singgah je. Singgah je ponnn. Hee. Mase singgah tu staf tu kate karaoke dah nak tutup. Tapi tibe tibe dia kate boleh pulak kalau amek sejam. Aku pun tibe tibe keluarkan duit dalam purse. Dia pun tibe tibe kate bilik no.6. Aku pun tibe tibe dah berada dalam bilik no.6 sambil tangan dah pegang mikrofon. Oh ape ni? Muslihat sape ni? *kepala tertunduk sambil jari jemari rancak mencari lagu 'aku ditindas situasi'*.


Tengok la muka aku memang rupa orang yang betul betul tertindas. Acha pun same. Dah nasib. Terima je la.


Best jugak landing macamni sekali sekala. Tangan tak lepas mikrofon tu. Sape berani rampas mikrofon aku mase ni? Memang aku gigit. Tak kire a.


Hurm tengok la acha kalau dah naik sheikh. Berdiri atas sofa teruih. Tawu la nak tarik nafas nak nyanyi lagu ziana zeng. Takpe aku faham. Acha jadi feveret voice kt ofis die. Untung laaaaa.


Acha saje nak menonjolkan watak rock it bebeh walaupun acha gemarkan lagu Tenda Biru. Dan aku melakonkan watak gadis ayu sedangkan pilihan lagu aku erm lupekan lah.


Tibe tibe ade aura jahat masuk ke dalam tubuh aku. Sekaligus riak wajah aku berubah daripada gadis ayu kepada gadis peragut kesucian.


Aku dapat kontrak jadi duta My Box. Komisyen pleaseee. Bankin okey.


Acha pun dapat jadi duta gak. Tapi sub-model je. Gagaga.Tangah yang peace kt belakang tu bukan tangan acha tau.


Buat la muka baik pegang mikrofon, bajet nyanyi lagu mawi. Sedangkan asyik pilih lagu hardcore sampai terlucut kasut sume. Sampai acha pun kate, 'Wey jangan nak hardcore sangat, ingat ko tu dah tunang'. *menghela nafas tenangkan diri*. Takpe kalau dah kawen beranak pinak pun nanti, kalau pegi karaoke aku akan nyanyi lagu hardcore jugek. Tak kiwee.


18.5.12

Jangan Jadi Jantan

Semalam mase blog walking aku ade terbace 1 blog ni *tak ingat blog sape*. Tapi salah satu entry ni tajuk memang agak menarik. Kalau tak silap aku tajuknye lebih kurang 'Bahaya Lelaki dan Cinta!'. Hah lebih kurang la.

Aku pun bace lah sampai abes entry tu. Cerita dia pasal blogger ni cite pasal kawan2 lelaki dia *si blogger pon lelaki gak* yg putus cinta akibat si perempuan curang. Then kawan2 dia ni pon terus bertukar watak daripada seorang manusia yg setia mautzz terusss jadi lelaki yg keldai gemar mempermainkan perasaan perempuan. 

Kononnye nak balas dendam. Sebab dulu mase setia kene dumb then dah frust terus nak jadi playboy a.k.a kasanova. Blogger tu ade pesanan pada kaum hawa, lebih kurang camni "So korang yang perempuan tu, jangan la mainkan perasaan lelaki sbb lelaki ni kalau da sayang memang betul2 sayang dan SETIA."

KAHKAHKAH

Memang kelakar la kan kalau lelaki jadikan alasan jadi playboy sbb pernah tertindas, tertipu, terdungu akibat ditipu ex gf yang berlaku curang. Kemon la cari alasan kukuh pleaseeee. Bagi alasan macam org tade agama pun iye gak. Senang je kan lepas kene tipu sekali then terus simpan niat nak mainkan perasaan manusia lain. Cam lepas ko mati tade alam pembalasan. Hehe

Cam ni lah, aku bukan nak mempertikaikan ape2 just nak meluahkan pendapat. Sebab ni blog aku, sukati aku la nk luahkan ape2 kn. Hee. Sebagai manusia tak payah jadikan ape2 alasan pon kalau nak berubah kepada perangai manusia kepada perangai setan. Jadikan kenangan ditipu tu lesen ko nak jadi jahat, adalah alasan paling bangang.

Aku pernah ditipu, dicurangi, didungungi. Tapi mungkin aku perempuan kot, that's y aku tak rase nak balas dendam ngan lelaki lain pulak. Yang salah lelaki yg curang tu tadi. Kenapa aku nak dumb lelaki yang lain plk. Kalau nk balas dendam sangat, baik aku simbah asid je kt lelaki yg curangi aku tu kheennn. Ahaks.

Kalau aku nak dumb lelaki, dah lame aku dumb kan diorang. Susah ape, diorang ngorat, aku layan, aku kikis, dah bankrup, aku tinggalkan. Heh. Tapi aku dapat ape? Puas? Buat jahat tu boleh buat kite puas ke? Rase tak tenteram ade la. Kan?

So para lelaki, hentikan lah perangai yang nak dumb2 kan kaum hawa ni. Aku tanak guna ayat "cuba korang fikir bakal anak korang nanti kene dumd or cube korang bayangkan adik perempuan korang kene dumb ngan jantan". No no no. Itu dah lapuk. Aku bagi ayat ni je, "Dumb la perempuan banyak2 kalau korang nak one day korang kawen nanti, bini korang akan dumbkan korang" sebab perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu jugak sebaliknye.

Sekian.

p/s : Jangan jadi jantan, jadilah seorang lelaki ^_^
 


15.5.12

I Found Someone To Carry Me Home Tonight

Aku ni name je orang melaka. Dah stay kat melaka 8 tahun. Tapi kalau orang luar tanya 'Apa tempat yg best kt melaka?' Haram aku takleh jawab. Sebab aku pun tak pernah nak keluar rumah utk explore tempat best apa kt melaka ni. Nak ajak mak ngan abah jalan jalan melaka? Memang takkan dilayan. Nak ajak adik beradik? Diorang pon balik melaka kadang kadang and bile diorang balik diorang mestilah nak rehat kat rumah kan.

Setiap hujung minggu melaka mesti sesak ngan kereta dari luar. Aku pun tak tawu best ape melaka ni? Kenapa diorang nak datang melaka? Pegilah johor ke, perlis ke, perak ke. Sebab melaka ni negeri bersejarah ke? Aku rase tak ramai yg passionate sgt dengan hal sejarah ni. Tahlah ikot la.

Dan sekarang bila da ade orang yang nak melayan permintaan aku, aku pun terasa nak start explore dunia ni. Ala ala lirik lagu zee avi la, "Darling, i am tired of living my routine life. There's so much in the world that i'd like to soak up with my eyes, da badabada da badabadadudu~" teehee.

Petang rabu lepas balik je dari keje aku mesej dia. Ajak dia keluar. Aku tawu dalam otak dia mesti pikir aku nak shopping kn. Tapi salah. Aku kate aku nak naik bot. Dia terus call aku. Sebab dia terkejut tibe tibe aku mintak nak naik bot. Hahaha. Kelakar la pulak. Aku buat suare serius kepingin nak naik bot. Dia gelak gelak kn aku and suruh aku siap. Yeayy. Tak kesah la kene gelak ke ape, janji nak naik bot jugekk. Ngee~

Bila da naik bot, tibe tibe feeling cam kt venice pulak kheeenn. Mihihi. Sebab dengan lampu yang terang benderang. Ditambah dengan baju aku yang bajet tourist. *huh ade kene mengena ke*. Hee memang best la jugak.


Tengok la muka aku bila naik bot ni ha. Tak nampak lagi ke begitu terujanye aku? Hahaha. Terpancar dari sinaran mata yang aku yg berkilau milau tu ditambah dengan senyuman sungil kecil. Just picture can describe all my inside. Ceeewah~


Sekarang pegi area area melaka je. Lepas kawen nanti boleh pegi lagi jauh jauh kan kan. Nanti nak buat wish list la. Tiga bulan sekali nak pegi melancong. Voleyy? Hehehe. Encik tunang dah bace kan? Kalau dah bace inilah permintaan bakal isterimu. Muahahaha *ketawa kuat kuat macam jahat sangat*

Bye :)


14.5.12

Game Hoki = Ketiak Basah

Semalam aku dan encik tunang pegi tengok perlawanan akhir hoki Malaysia vs Pakistan kt studium tun fatimah. Mulanya encik tunang bercadang nak tengok game separuh akhir khamis lepas. Punye bersemangat dia nak ajak aku tengok kul 8 malam tibe tibe rupanye game tu start kul 5.30 petang. Maka hampa dan berkecai la harapan beliau. Hehehe.

So, dia punyelah berdoa supaya Malaysia menang game separuh akhir tu semata mata dia nak tengok perlawanan akhir. Dan Malaysia menang pulak. Dia da set set nak pegi tengok game akhir tu. Aku memang nk join. Tapi aku ni manelah ade semangat kesukanan sangat. Semangat keshoppingan tu adelah. Ngehehe. Tapi disebabkan nak ambik hati encik tunang yang nampaknye dah terlampau excited. Layankan jeee.

Kononlah sangat nak gerak dari rumah sebelum magrib then nak magrib kt rumah aku, akhirnye dia sampai rumah aku kul 8.30. Berpeluh ketiak tunggu u'olls. Kejap kejap abah keluar dari bilik tanye aku, "Zaki tak sampai lagi ke?". Pastu mak pulak keluar bilik tanye aku, "Eh tak pegi lagi ko?".
=.="

Tapi bila die sampai je aku tak marah or merajuk sebab aku memang nak raikan die pon. Bukan aku pon yang beria nak tengok game tu kan. Lainlah kalau dia lambat nak jemput aku keluar shopping. Memang muncung aku akan sepanjang muncung alligator. Confirm. Hehehe.

Then kitorang pon ramai ramai gerak ke studium. Termasuk 3 orang housemate dia pon join jugak. Sampai je kat studium tu, punyelah sesak. Ramai cam ikan bilis termasuk pukat. Arghh! Situasi yang paling tidak kugemari. Berhimpit himpit macam naik KTM kul 6 petang area times square. Bayangkanlah~

Sesak satu hal. Memekak bunyi trompet tu satu hal. Bingit sangat. Lebih bingit dari pegi gig hardcore kt gudang noisy. Dah la aku tengah lapar. Nak pengsan je rase. Tapi muka maintain je. Dalam hati terasa seksa jiwa dan raga. Panas pulak tu. naseb baek depan aku ade nenek ni bawak kipas. So mase die tengah kipas aku hulur muka tumpang sejuk. Ermm suke amek kesempatan aku ni.

3 minit sebelum game habis encik tunang ajak keluar dulu. Takut nanti keluar lepas game habis semua orang berebut nak keluar jugak. Dia takut tunang dia ni terluka. Kahkahkah. Perasan kheennn. So aku happy gile mase dia ajak keluar tu. Sebab ketiak aku pon dah basah umpama air terjun amazon. Keluar je dari lautan manusia tu, fuhhh lega mak.

Pastu encik tunang nak snap pic aku kt luar tu. Aku tanak. Jual mahal pulak kan. Dia tanye lagi, nak ke tanak dia tolong snap kan. Aku jawab tanak jugak. Pastu tu balik rumah tade gambar dah menyesal. Padan muka aku. Sape suruh mengade sangat. Brrr.

Lepas tengok game aku pun berebut nak balik rumah. Jalan laju gile sampai dia tak terkejar. Hehehe. Sebab ape? Sebab nak masuk kereta laju laju, pastu nak pegi keluar makan laju laju gak. Lapar oi. Hee. Sampai je kedai makan terus sambar otak otak kempas. Dessert sebelum makan. Hehehe. Nampak kebulurnye disitu. Mate pandang tempat laen, tangan sambar otak otak. Hahaha.

So, mase balik tu aku bagitau dia yang ni kali pertama dan terakhir la aku dapat temankan die gi tengok game hoki. Lepas ni sila tengok dengan kawan kawan je k. Aku tunggu dirumah sahaja. Sekian. Aku bagi alasan aku ni insan lemah. Harap alasan diterima. Hihi.

Kepada encik tunang walaupun lepas ni saya tak dapat teman awak lagi, I Will Always Love U tahap mega. Hikhik <3