17.2.12

Cinta Kura Kura

Pada suatu ketika dahulu, tinggal seekor kura kura di sebuah kepulauan Malinja. Kura kura ini sangat pandai membuat jenaka. Tidak hairanlah kura kura disenangi ramai temannya. Kura kura berkawan karib dengan tenggiling tanah dan badak. Mereka bertiga gemar menghabiskan masa dengan melepak, bergosip serta brainstorming.

Pada suatu hari, sedang mereka bertiga asyik bermain guli, badak bertanya kepada kura kura. "Kura kura kau tak teringin ke nak ada boboy (boyfriend)? Kau tengok macam aku dan tenggiling tanah ni, tiap tiap minggu dating. Best au. Rugi beb kalau takde boboy." Kura kura diam. Pura pura sedang fokus mentarget guli. Dalam fikiran kura kura terpancut pelbagai persoalan mengenai perkara yang bersangkut paut mengenai boboy.

Kura kura pelik, kenapalah hatinya susah beno nak menerima insan bernama boboy. Kadang kadang kura kura berasa agak cemburu apabila melihat badak yang sedang bercuit cuit miang dengan lipas pulau, tenggiling yang sedang berbaring mesra di atas riba seladang. 'Ah, indahnya bercinta' bisik hati kura kura yang kesunyian.

Setiap petang kura kura akan menghabiskan masa bermain brick game di taman. Bukan apa, kura kura ni memang jenis suka menunjuk nunjuk. Sengaja kura kura memaksimakan volume brick game nya supaya tampak gah dan sesekali kura kura menjeling ke arah kucing hutan, arnab dan ayam belanda yang sangat kelecur melihat brick game nya itu. Kura kura senyum sebelah bibir. Megah.

Tiba tiba sedang asyik kura kura mengkelecurkan segenap makhluk yang sedang bermain di taman dengan permainan awesome nya itu, datang gagak bertenggek di sebelah kura kura. Kura kura pandang sebelah mata je. Gagak tersengih sengih memandang kura kura. Kura kura buat muka takde perasaan sambil sengaja dia menjungkitkan kening tanda belagak.

"Hai kura kura. Buat ape tu?" Ayat wajib gagak kalau nak memulakan perbualan. "Makan nasik" kura kura menjawab sepatah. Sombong betul kura kura terhadap gagak. Gagak masih tersengih. Dalam hati gagak asalkan kura kura sudi jawab pertanyaannya pun sudah cukup buat hati gagak berbunga riang.

"Eh, bukan kau tengah main brick game ke?" Gagak masih tak putus asa. "Dah tau tanya lagi apesal?" Kura kura kerutkan dahi. Rimas betul dia dengan kehadiran gagak. "Hehe powernya brick game kau ni. Kau tau tak dalam Kepulauan Malinja ni kau sorang je yang ada permainan yang hot stuff cam ni tau". Gagak sengaja membodek kura kura. Mata kura kura terus memandang gagak. Besar betul mata kura kura. Gagak menelan air liur. 'Ah sudah, apesal minah ni pandang aku secara mengejut ni?' Gagak berkata didalam hati. Risau jugak gagak kalau kalau kura kura mengambil tindakan drastik keatasnya.

"Yeke wey? Aku dah agak dah brick game aku ni memang power. Tu ha si badak selalu ejek brick game aku. Dia kata sekarang mana ada sesapa main brick game lagi. Dia kata sekarang semua main PSP je. Aku tau dia dengki dengan brick game aku ni sebenarnya". Bersungguh sungguh kura kura. Bangga betul dia dengan pujian melambung gagak tu. Gagak lega. Gagak memang tau, kura kura memang pantang dipuji. Bukan setakat hidungnya saja yang akan mengembang drastik malah segala rongga pada tubuhnya juga ikut mengembang. Walaupun hakikatnya gagak merasakan kura kura sangat kuno kerana masih bermain brick game. Tapi bagi gagak, kura kura main apa pun tetap nampak comel.

Gagak memang sangat menyukai kura kura. Kura kura je yang tanak bagi respon. Bagi kura kura dia mendambakan cinta pandang pertama. Tapi sehingga kini kura kura masih belum jatuh cinta pandang pertama dengan mana mana jejaka di kepulauan itu. Sebab tu lah sampai ke saat itu kura kura masih single mingle.

Pada suatu hari sedang kura kura, badak dan tenggiling tanah berjalan jalan di sekitar taman sambil bergosip liar, tiba tiba mereka dikejutkan dengan sesuatu yang jatuh daripada pokok buluh. 'Gedebam!' Sempat la mereka bertiga melatah sepatah dua kata kerana terlalu terkejut. Rupa rupa ada satu makhluk dah jatuh daripada pokok buluh tu. Tanpa berlengah badak terus ketawa berdekah dekah. Tenggiling tanah dah berguling guling ketawa, mentang mentang la die tenggiling. Kura kura pula sedaya upaya menahan ketawa walaupun airmatanya sudah bergenang.

Kura kura pergi ke arah makhluk tu. "Kau tak pape? Nama kau sapa?" Tanya kura kura. "Panda" Jawabnya sambil mengusap usap punggungnya yang pedih akibat terjatuh tadi. "Oh panda. Em macamane boleh jatuh?" Kura kura bertanya lagi tapi kali ni suara kura kura ada sedikit getaran. Entah kenapa apabila menatap panda membuatkannya jadi tak keruan. "Aku tengah makan buluh kat atas pokok sana tu, tiba tiba aku tertidur. Tu yang terjatuh tu" Jawab panda yang sebenarnya tengah menahan malu sebab terjatuh dihadapan aweks aweks.

"Aku kura kura. Panggil aku kura kura". Kura kura menghulurkan salam perkenalan. Panda senyum. Sepet je mata panda bila senyum. Kura kura telan airliur. 'Ah kenapa dengan aku ni' bisik kura kura di dalam hati. Tak penah penah kura kura perkenalkan diri camni. Siap berdebar debar bagai. Apekehe? Badak dan tenggiling tanah mencuit cuit antara satu sama lain. Pelik mereka melihat reaksi dan tindakan kura kura tu. "Ini rare" bisik badak kepada tenggiling tanah. "Yeahh" jawab tenggiling tanah ringkas.

"Em k lah, aku gerak dulu" kura kura bangun. Panda terkebil kebil. "Terima kasih ye kura kura". Kura kura senyum senyum simpul. "Em kalau tak keberatan add la fesbuk aku. Nama fesbuk aku 'Kura Si Gadis Malinja'. Panda senyum lebar. "Pasti aku add nanti!" jawab panda semangat.

Sejak daripada kejadian itu, kura kura banyak menghabiskan masa di cyber cafe. BerIM, berkomen komen, berpoke poke. Semuanya gara gara panda. Kura kura sudah jatuh hati dengan panda. Setiap kali kura kura online pasti hatinya berbunga bunga riang. Sejuk hati kura kura apabila menatap DP panda yang sedang membuat peace. 'Ish comel betul la panda ni' getus hati kura kura. Dah angau memang la camtu gamaknya.

Akhirnya kura kura dengan panda mengambil keputusan untuk declair sebagai kekasih. Bukan kepalang terujanya kura kura ketika tu. Tiap tiap hari dia merasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Cinta membuatkan kura kura kadang kadang senyum sorang sorang. Berangan 24 jam. Indah betul perasaan dilamun cinta bagi kura kura.

Pada suatu hari gagak datang ke rumah kura kura. Nampak ada riak sedih diwajah gagak. "Kura kura, aku dengar cerita kau da couple. Betul ke?" Tanya gagak sambil matanya kuyu memandang tanah. "Ha'ah. Kenapa?". Kura kura seperti biasa kerutkan dahi. "Kenapa kau terima dia? Kenapa kau tak terima aku. Sedangkan aku yg datang dulu dalam hidup kau". Ada getaran di sebalik suara gagak. Gagak berusaha mengawal perasaannya yang sangat menghiba. "Maaf gagak. Aku bukan diciptakan untuk kau. Kau lain. Aku lain. Kalau kita kahwin cuba kau bayangkan kura kura ada kepak. Tak ke buruk rupanya nanti". Kura kura beri alasan. Gagak senyap. Terkedu. Dalam fikiran gagak terbayang kura kura berkepak. 'Em comel ape' gagak mengomel di dalam hati. Tanak mengalah.

Gagak datang dekat kepada kura kura. Dia renung mata kura kura dalam dalam. Kura kura berundur sedikit. Bimbang gagak curi curi cium pulak nanti. "Kura kura..." kedengaran suara gagak mendatar. "Apa?" kura kura kerutkan dahi. "Aku doakan kau bahagia dengan pilihan kau. Aku harap dia dapat jaga kau sampai mati" suara gagak makin perlahan. Kura kura diam. Keadaan jadi sunyi seketika. "Aku nak mengembara. Jauh. Jauh sangat. Doakan aku selamat ya". Gagak tersenyum paksa. Kura kura semakin berkerut. "Kau nak pergi mana? Kenapa kau tiba tiba nak mengembara ni? WTH?". Kura kura tiba tiba tanya bertalu talu seperti polis yang rakus. "Aku nak tenangkan diri. Aku ingat nak terbang jauh jauh. Aku nak pegi New York. Ramai kata kat New York ada Kim Kardashian. Aku nak tengok dia secara live. Tak payah la lagi aku nak tengok dia melalui E! Channel." Ada sinar di mata gagak. 'Bongok punya gagak' kura kura carutkan gagak dalam hati. Maka pergilah gagak meninggalkan kura kura dengan membawa hati yang lara dan terluka.

bersambung.....

Kepada sesiapa yang tak tau inilah brick game.