14.2.13

Rahim Terbalik Dan Kesannya


Hye.

Harini aku nak post satu useful information. Aku pon sebelum ni tak penah ambik tawu pon pasal hal dalaman wanita ni. Selagi kite tak mengalami, selagi tu kite takkan ambik tawu iye dok. Kalini aku nak kongsi info tentang 'tipped uterus' iaitu 'rahim terbalik'.

Let's copy and paste. Wahahaha~

Kedudukan rahim yang normal lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan. Namun menurut data yang diperoleh, 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai 'tipped uterus', 'retroverted uterus' atau tilted uterus'.

Tanda-tanda anda mempunyai rahim terbalik
Biasanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda. Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim terbalik.

Antaranya :-

Sakit sewaktu berhubungan bersama suami
Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik. Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.

Untuk mengelakkan rasa sakit sewaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim. Ini membolehkan uterus berubah posisi, dengan itu boleh melegakan rasa sakit.

Rasa sakit semasa haid
Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi perubatan untuk ini ialah 'dysmenorrhea'.

Sakit pinggang yang kronik
Ramai wanita mengalami sakit pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.

Apa yang perlu dilakukan?
Jika keadaan ini berlaku, anda dinasihati agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu terus ke dalam uterus. Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.

Perbezaan antara rahim normal dengan rahim terbalik
 sourse : this blog

Okey dah bace. So now aku nak cite pengalaman aku pulak. Gynae sahkan aku mempunyai rahim terbalik. Dan apa yang aku alami tak ada satu pon yang sama macam info-info di atas. First, aku tak senggugut. Tak pernah alami senggugut. Sakit bersama suami pon memang langsung lah tak kan. Yummy2 je. Then sakit pinggang pon tak. Nak nak sakit pinggang kronik. Memang tak.

Masa aku dapat tawu aku punye rahim terbalik, aku giat lah jugak search info pasal ni kat google. Terkejut gak aku bila ramai yang kate if kedudukan rahim terbalik ni susah nak mengandung sebab sperma mudah keluar balik lepas bersama. Dan sekali lagi aku tepis kenyataan tu sebab aku terus pregnant beberapa minggu lepas kawen.

So? Semua info yang ada jangan la buta buta percaya dan terus rasa paranoid. Sebab rezeki tu semua Allah yang bagi. Ni semua hanyalah kajian dari doktor. Dan Allah lagi genius dari semua jenis doktor pakar dalam dunia ni. Aku ada jugak tanya gynae betul ke if kedudukan rahim terbalik ni bahaya dan byk effect? Dan doktor jawab, rahim terbalik bukan masalah besar just orang yang mempunyai kedudukan rahim terbalik adalah golongan minoriti. Same seperti orang yang kidal. Minoriti but normal person like others. 

Kesimpulannya, sape yang ada masalah rahim terbalik jangan risau and sedih. Dan ni bukannya masalah pun sebenanrnya okey. Kalau korang rasa korang rahim terbalik sebab tu lambat pregnant, it's totally wrong. Ramai lagi orang yang ada kedudukan rahim normal yang lambat pregnant. Don't worry, be happy. Just try and try and try. Yang penting just enjoy your love game :)

Daaa~




8 comments:

cik fadh said...

enjoy your love game !!!

berry said...

hamboiii yg tu jugak yg ko alert kan. hahaha dan tak payah nak tanda seru sgt. kikiki

Farah Hanis said...

tahniah berry :)

Eja Dahalan said...
This comment has been removed by the author.
eytaz said...

Sy jg mempunyai rahim terbalik. Sama spt tuan tanah, semua sympton tu xde pd saya. Saya juga bunting pelamin, memgandung dan melahirkan kembar secara normal dan langsung tiada sakit senggugut dll tu. Yg istimewa sbnrnya (bkn mslh), bila bersama lebih nikmat sbb terasa smpai dlm perut.. hanya mrk yg ada tipped uterus yg tahu dan bole rasa nikmat ni... .kenyang mulut atas dan mulut bawah sis...

Noor Azlina Abd Ghani said...

salam..kak, baru g jumpa Dr arini..nk buat pap smear n pasang balik iucd... t'peranjat gak Dr bgtau pintu rahim kak t'balik!... tya Dr adakh bahaya..Dr bgtau xda pun bahayanya..mcm org ada hidung mancung, ada hidung pesek...ada mata bulat dan ada gak mata sepet..lgpun u dh beranak punkn...hihi..betullh bukan semua dianugerahkan "kelainan" sebeginikn...amin.

Eyfa Tamizi said...

Sy ada semua simtom2 tu. Dan mmg sah dah sy pun rahim terbalik. Dan sampai skrg belum pregnant. Tp doc ada bgtau yg posisi sesuai utk org yg alami mcm ni ialah skill menonggeng. Hehehe. Lps ni buat posisi mcm ni jela kalau nk cpt pregnant.

berry said...

to eyfa tamizi:
Yup sy pon pernah dengar if rahim terbalik seeloknye buat style tonggeng sebab air susah nak keluar balik. if style biasa air mudah keluar balik dari vagina. just for information and sharing. :)